Friday, July 2, 2010

SIAPA TOKOH LIDAH BERCABANG?

BANGI 1 Julai - Tokoh 'lidah bercabang!', reaksi spontan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bagi 'menjernihkan' hubungannya dengan beberapa tokoh Yahudi.

Menteri Pertahanan berkata, Anwar memang terkenal bersifat demikian kerana apabila berjumpa orang India, beliaulah pejuang kaum itu; bagi orang Cina, beliaulah hero dan di kalangan orang Islam, beliaulah 'pejuang Islam' sejati.

"Saya masih ingat nasihat Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO dahulu bahawa antara kepentingan negara dan parti, harus utamakan negara. Walau berbeza pendapat daripada segi politik, apabila berkaitan soal negara, kita perlu pertahankan negara, bukan burukkan negara.

"Ini yang beliau ajar saya dahulu yang saya pegang sehingga kini. Tetapi apabila berada di luar kerajaan, beliau lupa dan telan nasihatnya sendiri.

"Bagi saya, sesiapa sahaja termasuk pembangkang apabila berada di luar negara kena pertahankan negara bukan sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melepaskan konvoi pasukan Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) KL - London 'Demi Anak Yatim' di Kompleks Percetakan Sri Utusan di sini hari ini.

Anwar dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi selepas disahkan mengunjungi AS pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu Apco Worldwide, baru-baru ini.

Kunjungan itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin.

Diehl dalam tulisannya Flirting with zealotry in Malaysia (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan Anwar meluangkan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin 'talam dua muka' apabila mengunjungi Amerika Syarikat (AS) untuk 'menjernihkan' hubungannya dengan rakan-rakan Yahudi selepas membuat kenyataan yang dilihat anti-Zionis.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau tidak faham kenapa Anwar secara tiba-tiba menyesal dengan tindakannya itu dan minta maaf.

''Ini salah dan dia hipokrit. Mula-mula dia sertai perhimpunan anti-Zionis di depan Kedutaan AS di sini dan sekarang dia kata kepada AS dia menyesal dengan apa yang dibuat," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Khairy berkata, Anwar perlu memperjelaskan tindakannya itu kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini pernah menyertai perhimpunan mengutuk Israel bersamanya di depan Kedutaan AS di sini.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Anwar itu.

"Ia sesuatu yang bukan mengejutkan sebab kita sudah tahu dia ini bagaimana. Dia bercakap lain di sini dan bila di sana dia cakap lain pula," katanya. - UTUSAN.

(Renungan Rimau : Jaga-jaga ada harimau di belakang.)

5 comments:

Anonymous said...

ngata dulang paku serpih... ngata orang, semua ahli politaik malaysia sama jerrr... lidah bercabang cabang...

Anonymous said...

Zahid dan KJ pun 2 x 5.

Bunuh dari dalam.

aimdaim said...

DIY,

Kenapa lah harimau tu tak terkam aje.

Sekurang-kurangnya bagi lah sebelah tangan, pasti tak lupa.

TQ

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon 8.48.

Zahid ok. Beliau menyatakan yang benar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Aimdaim,

Belum cedera lagi.